Saturday 16 July 2011

Hari Sukantara 2011

Pada 30 Jun 2011 yang lepas, sekolah saya yakni Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Padang Serai, Kedah telah mengadakan Hari Sukantara 2011 sebelum hari sukan sekolah diadakan.

Pelajar dari rumah kuning, berusaha mengumpulkan mata untuk rumah masing-masing.


Sila beri laluan untuk peserta lompat tinggi. :)

Bersenam bersama-sama

Sebahagian dari pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Lobak

Seronok beriadah bersama-sama

Tunaikanlah solat!


Mutakhir ini kita melihat satu situasi yang membimbangkan di mana gelaja sosial dan keruntuhan moral semakin berleluasa pada setiap peringkat usia – tidak terkecuali masyarakat di negara kita yang tercinta ini. Dapat juga kita lihat pelbagai usaha telah dijalankan namun hal ini masih menjadi-jadi.
Cuba kita lihat semula permasalahan ini dari asasnya iaitu pembentukan jatidiri dan sahsiah individu khususnya individu Muslim. Mari kita renungkan akan satu hal yang teramat penting dalam kehidupan seorang Muslim iaitu solat.
Mungkin ada di antara kita yang masih tidak percaya bahawa ada insan yang mengaku Muslim namun tidak pernah mengenal apalagi mendirikan solat namun itulah hakikatnya. Dan ini adalah satu fakta yang seharusnya mengejutkan kita dari tidur dan seterusnya mencari jalan keluar dari permasalahan yang melanda masyarakat kita pada hari ini.
Solat merupakan ibadat yang menghubungkan kita sebagai hamba dengan Allah S.W.T. dan solat membuktikan ketaatan kita dan kepatuhan kita sebagai hamba kepadaNya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
الصلاة عماد الدين, فمن أقامها فقد اقام الدين, ومن هدمها فقد هدم الدين.
yang bermaksud “Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meruntuhkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.
Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada Hari Kiamat kelak di mana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
ان اول ما ينظر من أعماله , الصلاةو فان حازت له نظر في أعماله وان لم تجزله في شيء من أعماله بعد.
yang bermaksud “Bahawasanya permulaan amalan yang diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat. Maka jika betul urusan solatnya, dilihatlah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak betul urusan olatnya, tidaklah dilihat lagi kepadanya amalan-amalannya yang lain”.

Solat Membentuk Peribadi Muslim
Solat adalah platform untuk seorang Muslim melalui proses pembersihan jiwa dan membuang naluri-naluri yang tidak sihat. Solat juga mengajar kita sebagai manusia untuk berdisiplin dan memiliki sifat-sifat terpuji seperti menepati masa dan mengutamakan kebersihan di mana sifat-sifat ini ditekankan di dalam ibadah solat itu sendiri. Ini adalah kerana solat mestilah didirikan pada waktu-waktunya yang telah ditetapkan disertai pakaian yang bersih dan suci beserta niat kepada Allah Taala.
Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa solat dapat mendidik kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan membuka ruang kepada kita untuk medapat petunjuk dan rahmat dari Allah s.w.t.
Sekiranya masyarakat hari ini dapat dididik dengan kewajipan menunaikan solat sebaga tunggak pembangunan jatidiri dan sahsiah masyarakat, tidak mustahil permasalahan yang kita hadapi hari ini dapat diselesaikan malah diganti dengan kemajuan jasmani dan rohani demi kejayaan di dunia dan akhirat.
Tunaikanlah solat!
 
Hakcipta 2011 DUNIAKU GURU (S210277)
Dibangunkan oleh NMZ. Tema oleh BloggerThemes