Sunday 26 June 2011

PANTUN

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. 


Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.


Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. 


Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.



Contoh:-


Pantun Sirih Pinang
Sirih junjung sirih pinang

Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin

Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata


Pantun Agama

Dia membuat sebilah pedang,
Disimpan gula dengan sirih;
Sudah ada Nabi Adam,
Ada pula Nabi Idris.

Dua belas bintang di langit,
Bintang di raja dari Melaka;
Kata tuan pinang bersisit,
Kapur bercampur air mata.

Hanyut pinang dari hulu,
Pinang berisi madu lebah;
Bila terkenang zaman dahulu,
Rindu sekarang menggigit lidah.

Hilir rakit sungai sempit,
Anak raja turun menuba;
Hulur sirih jari dipicit,
Itulah tempat muda mencuba.

Kalau nak tau ara berbunga,
Sirih kuning di celah lantai;
Kalau nak tau syurga dunia,
Putih kuning panjang lampai.

Kalau tak boleh sirih Cina,
Sirih di darat ku ambil juga;
Jika tak boleh atas dunia,
Di dalam akhirat ku ambil juga.

Kalau tuan mengasah kapak,
Ngasah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
Untuk saya ganti diri.


8 komen:

Mohamad Nizam 210510 said...

menarik..

Anonymous said...

bahan yang berinfomatif

Ahmad Zairel Ibrahim matrik no: 210294 said...

makan roti minum teh tarik
blog cikgu kategori menarik

Abd. Karim said...

Pantun memang penuh dengan seni... itulah warisan orang melayu. Tapi ramai anak muda kita yang dah tak pandai mencipta pantun.

Pagi-pagi ke pekan perik
belikan saya sayur petola
blog cikgu nampak menarik
lepas ni komen saya pula

myuumaifa said...

pantun adalah salah satu warisan kita yg perlu kita hargai..


dapat rezeki jangan ditolak
jgn lupa komen blog saya pulak...
http://aifamusa.blogspot.com/

Muhamad Nazri(nazripengeran) said...

Ingat bila baca pantun nak gak jawab ngan pantun.Tp kawan-kawan lagi pakar.jd x jadi le...cantik blog cikgu.

Rina Saiman 210479 said...

pandai berpantun..ni mesti dulu bm a+. blh di manfaatkan tinggal yg semakin dilupkan..

mahya 210276 said...

Pandai cikgu kita berpantun.Tentu ramai murid yang suka.Guru yang baik adalah guru yang kreatif.

Post a Comment

 
Hakcipta 2011 DUNIAKU GURU (S210277)
Dibangunkan oleh NMZ. Tema oleh BloggerThemes